Jumaat, 29 April 2011

HAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!!!!!

"Mengkritik tidak bererti menentang,Menyetujui tidak semestinya menyokong,Menegur tidak bermakna membenci,dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............. dpt aku hijack blog nihhhh..... hahahahahahahaaaaaa................. bodo tul admin dia......... nama blog sedap2 tapi isi macam hamper.... eh... hampeh! tak update lak tu....

Aku mmg nak pakau nama blog Arus Gelombang, tapi dpt kat mamat pemalas pulak guna nama ni.... sbb aku nak upgrade blogni... maka aku hijack... sbb mintak tak tentu dapat... hahahahaaaa......

rasakan ko... PEMALAS!



Isnin, 14 September 2009

Dewa Tidak Terkalahkan......


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Huh.... aku dah maleh nak tulih2 pasal politik nih... tapi sesekali takpe kot...

ni aku nak tulih pun sbb Samy "Dewa Kuasa MIC" yang tidak terkalahkan.... mmg aku tensen ngan orang tua sekor ni... akan dtg BN pasti akan terus terjejas jika terus letakkan MIC sebagai parti komponen utama dibawah pimpinan Dewa yg satu nih...

Ada member sound... "kan geng dia dah menang bertanding tu tu... biarkan je la... "... hmmm.... menang?

Pada aku itu bukan menang jer... tp itu tahap menang tanpa bertanding.... ape pasal aku kata menang tanpa bertanding... sbb bertahun2 samy dok singkir orang yg tak sehaluan ngan dia... yg tak tahan keluar MIC buat parti baru... tu yg TUN M kata MIC berpecah sampai wujud 8 parti politik yg mewakili kaum India...

Yg tahan dan setia pada parti macam subra & sothi pulak dah buat silap pecaturan.... kalo subra bertanding presiden pastu team up ngan sothi bertanding timbalan.... aku rasa maybe ada fight laaa.. tapi mungkin susah jugak diorang nak menang sbb ramai kaum india yg tak suka kepimpinan kuku besi dewa samy dah keluar parti... tak dapek la diorang nak nolong subra ngan sothi...

Aku sgt risau ttg keadaan BN bila UMNO makin pulih.... MCA mula goyang... tapi ni bukan kerisauan utama... MCA pun macam UMNO... dia berkocak dalam cawan jer... tak perlu sentuh pun isu diorang... diorang sangat matang uruskan hal sendiri...

ni yg MIC dengan Dewa Samy ni... mmg payah nak tarik sokongan orang india kalau dia ada ni... ntah ler... ni pandangan aku.. apa pandangan korang?

Rabu, 20 Mei 2009

Satu Malaysia keliru pasal Satu Malaysia

Satu Malaysia kena faham!
Tapi lepas lebih kurang 2 bulan Satu Malaysia masih keliru dengan Satu Malaysia... err??? Faham tak?

Maksudnya masih ramai masyarakat malaysia kite ni, bukan saja orang UMNO, BN, Kerajaan dan pembangkang yang keliru tentang apa yang DS Najib laungkan ni.

Untuk itu saya tengah siapkan sikit kajian peribadi saya yang tak seberapa untuk saya kongsi dengan sesiapa sahaja. Mungkin bila dah siap esok atau lusa saya akan taruk kat posting baru.

Ramai tak perasan DS Najib dah lama bagi hint pasal 1Malaysia ni, pada sesiape yang boleh ingat ucapan perasmian Wanita, Pemuda & Pu3 Malaysia kat PWTC masa 2005 dulu yang tajuk dia `Menjana Melayu Glokal'. Lokal menjadi Global; itulah cabaran yang Malaysia akan hadap mula tahun depan dengan liberalisasi kewangan dunia, dasar langit terbuka dan memacam la lagik.

Tapi secara ringkas tentang Satu Malaysia ikut kefahaman saya adalah seperti berikut:
1. Persediaan Malaysia menghadapi Liberalisasi Global.
2. Persediaan menghadapai Liberalisasi lokal dari segenap sudut.
3. Utk pastikan perpaduan masyarakat majmuk yang berkekalan.
4. Untuk mewujudkan ruang kajian memperkukuh survival Agama Islam dan Kaum Melayu.
5. Gagasan ini mendokong Wawasan Pemimpin-pemimpin terdahulu.
6. Satu Malaysia adalah satu penjenamaan semula seperti yang pernah Allayarham Tun Abdul Razak lakukan terhadap Parti Perikatan dahulu.

Ini lebih kurang dan secara ringkas, ada lagi butiran dia yang mungkin ramai yang tak sangka akan saya papar nanti. Sambil2 tu bole la pegi fahami kat arkib utusan, mylivingwall.com dan www.1malaysia.com.my. Baru korang tau nanti yang DS Anuar tu rupa2nya pencilok idea.

Tunggu yeeee!!

Selasa, 19 Mei 2009

Bukan Zaman Pak Turut Lagi

Punye le suke hati ni bila dapat tahu yang DS Muhyiddin buat kenyataan pasal fenomena 'Yes Bos' dalam UMNO. Fenomena yang jadi punca pemimpin UMNO dipanggil pengecut, lemah, pembodek, takut tak bole cari makan, takut hilang pangkat dan yang sewaktu dengannya.

Saya amik sikit petikan dari kenyataan beliau:

"Ahli-ahli perlu sedar bahawa kita tidak boleh berasa selesa bahkan tempoh ini perlu diibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk' yang menuntut semua ahli bekerja bersungguh-sungguh," jelasnya.

Justeru, Muhyiddin berkata, sikap hanya memberi laporan berhubung perkara yang baik-baik sahaja bagi menyedapkan perasaan pemimpin perlu dikikis kerana ia hanya merugikan dan memakan diri sendiri.

"Hari ini kita mesti memberitahu yang sebenar, jangan bagi tahu yang elok sahaja, tetapi yang tak elok pun kena beritahu kepada pemimpin.

"Jangan asyik yes sir... ok bos sahaja nanti esok rupa-rupanya K.O bos," katanya.

- UTUSAN (18/05/09)


Kelmarin kat tmpat saya pun jadi benda ni. Kita yg menyokong UMNO pun rase meluat dgn keadaan ni, apetah lagi rakyat yg mmg dok perati selama ni. Tapi benda ni bukan setakat UMNO jer, rata2 orang melayu ramai buat perangai camni. Baik Pas, PKR atau yg bebas ni, semua berani 'cakap belakang' jer!

Maka, DS Muhyiddin dah jadi wira di mata saya kerana konsisten dengan Kepimpinan berasaskan Hakikat, Tahniah!!!





Jumaat, 20 Februari 2009

UNDANGAN : Perhimpunan Umat Melayu 2009

Berikut adalah undangan yang saya terima dan ingin saya sampaikan undangan tersebut kepada pembaca semua:

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tuan/Puan dijemput menghadiri Perhimpunan Umat Melayu 2009 sempena 63 Tahun Kongres Kebangsaan Melayu anjuran Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama 300 NGO Prihatin pada:-

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala lumpur.

Orang ramai terutama Ketua dan AJK NGO berdaftar adalah dijemput selaku penaja bersama dan penggerak utama perhimpunan tersebut.

Untuk pengesahan kehadiran dan Pas VIP sila hubungi Sekretariat di naseron@gmtt.net.my, angahku_01@yahoo.com

Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan, antaranya Demonstrasi Senaman Melayu Tua, Silat Keris Lok 9, Silat Cekak, Lian Padukan, Pesaka Gayung dll.., dan Gendang Silat.

Kepada mereka yang ingin menderma darah, Unit Derma Darah Tabung Darah Hospital Besar Kuala Lumpur akan ditempatkan di Kelab Sultan Sulaiman sepanjang tempuh perhimpunan tersebut.

Gerai makanan, jualan buku, CD lagu-lagu patriotik, Gerai Seni Beladiri dan cenderamata juga turut disediakan.

Di sebelah malam selepas solat Maghrib akan dianjurkan Majlis Tahlil Arwah bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

" SATU BANGSA . SATU NEGARA . SATU MATLAMAT "

" BERSATU KITA BOLEH JAYAKAN APA SAHAJA..."

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Yang benar,
NASERON ISMAIL
Setiausaha
Perhimpunan Umat Melayu 2009

Jumaat, 6 Februari 2009

Sudah Terang Lagi Bersuluh!!!

Assalamualaikum wbt!
Dari tahun lepas saya tidak menulis kerana semangat dan perasaan saya terjejas dek keruntuhan perpaduan umat melayu sehinggalah hari ini, hari yang saya fikir umat melayu seharusnya nampak dengan jelas niat Pakatan Rakyat.

Kita orang melayu, telah banyak kehilangan 'melayu'... bak kata orang yang tinggal hanya 'Keretapi Tanah Melayu'.... tapi ramai yang terleka, terlupa dan tidak sedar yang kita juga masih ada simbol kedaulatan melayu iaitu Raja-Raja Melayu. Inilah antara faktor yang meletakkan keistimewaan bangsa melayu disatu tahap yang tidak boleh dipertikaikan.

Tapi hari ini jelas sudah terdapat sekelompok penderhaka yang sebelum ini bagai 'si kudung yang mendapat cincin' yang ingkar titah Sultan. Saya pasti ramai yang maklum situasi politik di Perak, Nizar terperangkap sebagai boneka politik Pakatan Rakyat, sekarang ini sanggup menderhaka kepada Sultan sendiri untuk kepentingan politik rakus.

Bukan sekali dua Nizar melangkau kuasa Sultan, kalau kita masih ingat isu pemecatan Mufti Perak dan isu tanah di Perak. Beliau sering membuat keputusan seolah2 negeri Perak tiada Ketua Kerajaan. Itu antara isu yang terpampang di media massa.

Rakyat maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor adalah titah Sultan.

Merah semangat panas membara,
Disiram minyak berkali kali,
Demi Agama, Bangsa dan Negara,
Menjunjung titah menyanjung Duli.

Nizar dan penyokong meraka yang ingkar titah Paduka Sultan nyata menderhaka, mereka harus diambil tindakan. Mereka patut dibuang negeri kerana beliau tidak menjunjung titah Paduka Sultan.

Baru sekelumit kuasa dapat ditangan, sudah mendabik dada terhadap Paduka Sultan. Saya terfikir apa pula yang akan terjadi jika mereka ini mendapat kuasa penuh kelak. Dan apa pula pandangan Institusi Raja-raja Melayu terhadap mereka ini.

Umat melayu perlu sedar.... ini bukan bandingan kisah hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat.
Daulat Tuanku!!!

Khamis, 4 Disember 2008

Setelah nasi menjadi bubur.... (1)

Agak lama juga blog ini tiada posting baru, maaf ya rakan pembaca, ada kekangan yang tak boleh nak dielakkan.

Saya pernah meminta Zaid dipecat sejak sekian lama lagi dan akhirnya termakbul jua permintaan saya. Harap2 UMNO lebih kukuh(sedikit) kembali selepas ini, harap2lah! Dan tak perlulah nak terima kembali si samdol ni kerana Zaid ni dah sama taraf ngan hindraf.

Kenapa saya sangsi UMNO untuk kukuh semula? Kerana terlalu banyak isu dalaman yang terlalu diwar-warkan sehingga menjadi hidangan percuma untuk pembangkang membaham UMNO dan BN. Oh... lupa pulak rakan parti komponen BN pun ada yang nak cuba2 amik kesempatan diatas kelemahan yang ada ini. Saya cuba ulas seringkas yang mampu.

Politik Wang - sukar utk nafikan, kerana mmg berlaku hampir disetiap peringkat pemilihan walaupun bukan semua yang terlibat. Terutama diperingkat tertinggi. Umumnya, inilah antara perkara yang menjadi kebencian rakyat kepada UMNO. Dapat dilihat secara kasar ada diantara para perwakilan dilihat seolah2 bertuhankan duit sepanjang proses kempen dan pemilihan ini berlaku. mereka inilah yang meletakkan UMNO ke tahap yang paling jijik dan nista.

UMNO menegakkan syiar Islam, tetapi bergelumang didalam proses yang 'menghalalkan cara yang haram'.

Apa yang Presiden dan Bakal Presiden UMNO mampu lakukan untuk mengatasi isu ini?
Saya ada cadangan!

Pak Lah yang akan bersara pd Mac dpn perlu meninggalkan tampuk pemerintahannya dengan sesuatu yang rakyat akan kenangkan. Inilah masa yang tepat dan sesuai untuk "mencuci" UMNO dari kekotoran dan merubah minda ahli kepada perjuangan politik yang tulen.

900 aduan politik wang - 30% aduan palsu = 630 aduan sahih (jangkaan saya)
Ramalan saya, dari 630 aduan ini mungkin hanya melibatkan 200 ahli UMNO yang rasuah.

Ahli UMNO 3.1 juta lebih - 200 ahli perasuah (pecat) = 3.1 juta ahli umno.

Tiada apa yang kurang pun pada UMNO jika Pak Lah mengambil inisiatif untuk membersihkan UMNO dari perasuah2 ini. Malahan mungkin selepas itu jumlahnya lebih tinggi dari 3.1 juta dengan kemasukan ahli UMNO yang baru kerana rakyat dapat melihat UMNO benar2 didalam landasan perjuangan yang kudus.

Setelah Pak Lah membersihkan UMNO dari kekotoran ini, Najib hanya perlu memastikan kesinambungannya. Mmg mudah berkata2 dari melaksana, terutama melibatkan pemimpin harapan, rakan taulan, saudara mara & kaum keluarga.

Jika UMNO tidak melakukan pembersihan ini, maka rakyat melihat seolah2 rasuah telah benar2 menjadi darah daging UMNO.

UMNO tidak akan rugi kehilangan pemimpin yang rasuah, namun ini adalah lonjakkan yang perlu diambil oleh pemimpin UMNO demi masa depan!

bersambung......

Khamis, 13 November 2008

Coret2

Saya terjumpa beberapa naskah buku yang menarik untuk dikongsi bersama rakan2 pembaca berkenaan umat melayu dan umat islam. Kupasan atau hasil tulisan dari naskah tersebut akan saya paparkan di blog ini dari masa ke semasa.

Sejarah Ketuanan Melayu

Setelah mencapai dan mendapat Kemerdekaan selama 51 tahun Ketuanan Melayu masih dipertikaikan dan dibincangkan terutama sekali oleh parti pembangkang seperti DAP dan kaum bukan Melayu seperti MCA dan Gerakan.

Sebenarnya mereka mempertikaikan Ketuana Melayu kerana mereka tidak mahu menoleh ke belakang. Mereka tidak mahu mengenal dan mengingat sejarah - sejarah KEPULAUAN MELAYU (MALAY ARCHIPELEGO) sebelum orang Belanda, Portugis, Spanish dan British datang menjelajah dan menjajah dalam usaha memperluaskan pentadbiran, agama dan pengaruh mereka - dalam usaha mereka mencari kekayaan dan peluang pekerjaan untuk rakyat mereka.

Sebelum orang EROPAH datang dan menjajah Kepulauan Melayu, Kepulauan Melayu dimiliki dan diperintah oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu seperti yang kebanyakan kita belajar tentang sejarah pemerintahan PARAMESWARA (yang datang dari Palembang, Indonesia) di Melaka dan seterusnya pemerintahan Raja-Raja dan sultan di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dll negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada zaman dahulu yang dikekalkan hinggalah sekarang.

Pemerintahan dan Kedaulatan Raja-Raja dan Sultan-Sultan keatas rakyat Negerinyalah yang dinamakan KETUANAN MELAYU maksudnya Raja-Raja dan sultan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam masih memerintah Negeri mereka mengikut Perlembagaan Negeri dan oleh Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujuai sebelum Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan dipersetujui dan ditandatangani oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu, wakil pemimpin orang Melayu, Cina, India dll dengan pehak BRITISH.

Bagi DAP, MCA, Gerakan dll pehak dan individu yang masih membahas, membincang dan mempertikaikan KETUANAN MELAYU seolah-olah mereka tidak ada taat setia kepada Agong, Raja dan Sultan yang memerintah Negeri dan Negara ini.

Dalam tahun-tahun 40han dan 50han kalau seseorang rakyat menderhaka kepada Sultan atau Raja maka hukumnya ialah buang negeri - tidak dibenarkan masuk ke negeri yang diperintah Raja atau Sultan berkenaan. Tetapi sekarang kita semua kena patuh dan hormat kepada Perlembagaan, undang-undang, adat resam dan kebudayaan.

PAS, DAP dan PKR, Zahid Ibrahim dan Anwar Ibrahim macam mana? Nak ketepikan sejarah orang Melayu, Ketuanan Melayu, Raja dan Sultan Melayu juga, sejarah Malay Archipelego lagi?

Bila kita memandu kereta kita kena tengok jauh ke hadapan. Takut nanti ada lori balak terbabas dan langgar kereta kita. Kita juga kena tengok cermin untuk tahu apa berlaku di kiri dan kanan serta di belakang. Takut nanti ada pokok tumbang atau lori rapat sangat hentam belakang.

Artikel dari seorang sahabat siber - adam@hotmail.com

Khamis, 6 November 2008

Titah Raja ibarat permata.

Titah Sultan/Raja ibarat permata yang sangat berharga. Umat melayu sepatutnya menjaga dan memelihara kemuliaan institusi Raja Melayu ini sebaik-baiknya.

UMNO ditubuhkan dengan beberapa sebab dan salah satu sebab utamanya adalah untuk memelihara kedaulatan Raja dan Sultan dari dipermainkan oleh penjajah, dan UMNO telah berjaya membuktikannya.

Saya sering terfikir kenapa bukan Raja dan Sultan Melayu yang melaksanakan proses menuntut kemerdekaan. Pada waktu itu kita tiada kerajaan kerana sedang dijajah, pada waktu itu telah wujud Hak Istimewa Raja-Raja Melayu yang diiktiraf undang-undang dunia sehinggakan walaupun sedang dijajah namun setiap urusan berkaitan tanah dan kawasan yang dirancang oleh penjajah perlu kebenaran oleh Raja Melayu. Raja Melayu mempunyai kapasiti untuk menuntut kemerdekaan pada waktu itu, tetapi mengapa bukan Raja Melayu yang menjalankannya?

Kerana umat melayu pada ketika itu bersatu hati ingin memelihara Daulat Raja Melayu. Semenjak perjuangan menolak Malayan Union lagi, para pemimpin pengasas UMNO telah berusaha sedaya upaya supaya setiap tindakan mereka tidak membebankan Sultan dan Raja. Pemimpin UMNO pada ketika itu telah menjangkakan laluan yang sukar perlu dilalui untuk menuntut kemerdekaan dan tidak akan membiarkan Raja Melayu dipermainkan. Kerana itulah proses menuntut kemerdekaan dilaksanakan oleh UMNO yang bertindak sebagai wakil kepada Raja Melayu.

Itu hanya sedikit gambaran ringkas bagaimana orang-orang melayu memelihara kedaulatan raja suatu ketika dahulu. Namun pada hari ini keadaan agak berbeza, Raja dan Sultan telah bertitah untuk menjaga orang-orang melayu. Dan hari ini saya berasa terharu tetapi sangat sedih sekali lagi apabila mendengar Raja Melayu terus bertitah untuk memelihara orang-orang melayu. Terharu kerana Sulatan sanggup mencemar duli demi untuk kesejahteraan orang melayu, dan sedih kerana gagalnya melayu terpaksa melibatkan Raja dan Sultan.

Sila baca: Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di acara penyerahan memorandum oleh Gabungan Melayu Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Isnin, 3 November 2008

Bagai pancing makan umpan!

Secara tiba-tiba, bagai hinggap bak langau; titik bak hujan. Zaid semakin hari semakin biadap; saya pernah tekankan pada posting sebelum ini bahawa Zaid perlu dipecat dari UMNO. Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Shahidan Kassim walaupun tindakan "bertaubat atau keluar dari rumpun melayu" tidak jelas maksudnya.

Selepas ISA dan kini ketuanan Melayu pula diusik oleh si pengkhianat Zaid, beliau perlu dilucut keahlian UMNO seumur hidup dan dibuang negeri (hantar ke negeri asal bini dia) kerana masih menyentuh isu ketuanan melayu walaupun Majlis Raja-Raja telah menitahkan supaya ketuanan melayu tidak diganggu-gugat.

Apa bezanya Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim?
Sekarang ini mereka berdua tiada bezanya. Mereka berdua mempunyai fahaman politik yang sama dan memperjuangkan isu yang sama serta berkongsi nama bapa yang sama. Mereka mahu supaya bangsa melayu tenggelam diarus zaman tetapi hanya nama mereka terukir didalam sejarah sebagai melayu unggul yang memperjuangkan hak asasi rakyat kononnya.

Sungguh sedih kerana telah wujud sekumpulan anak melayu yang menafikan wasiat yang diturunkan kepada mereka kerana fahaman barat yang memesongkan. Adalah sangat menghampakan anak melayu yang sebegini wujud dari dasar perjuangan UMNO.
Zaid Ibrahim perlu dilucut keahlian UMNO dan dibuang negeri.

Rabu, 29 Oktober 2008

Sebagai betung seruas!

Salam para sahabat, maaf kerana tidak dapat menulis kerana kesibukan yang tidak dapat dielak sementara ini. Insyaallah saya dapat meluangkan lebih masa disini selepas ini. Dikala kehangatan pemilihan UMNO sedang membara ini saya ingin berkongsi satu artikel dari Utusan Malaysia untuk renungan bersama.

Kepimpinan: Amanah Yang Berat

Ketika Abu Zarr meminta Rasulullah SAW supaya meletakkan dirinya dalam barisan kepimpinan dan pentadbiran negara, Baginda lantas menyatakan bahawa Abu Zar memiliki kelemahan yang tidak melayakkannya untuk menjawat jawatan sebagai pentadbir negara. Baginda Rasulullah SAW mengingatkan bahawa jawatan sebenarnya amanah yang sangat berat dan amanah ini hanya akan menyebabkan kekesalan dan duka cita semata-mata, kecuali jika jawatan tersebut disandang oleh kalangan yang layak.

Pada ketika yang lain Rasulullah SAW melarang Abdur Rahman bin Samurah r.a daripada meminta-minta untuk menjadi pentadbir negara. Ini kerana penyandangan jawatan atas sebab permintaan adalah suatu tugas yang sukar untuk dilaksanakan. Sebaliknya jika jawatan tersebut disandang atas keperluan negara, tugasan tersebut merupakan sesuatu yang sifatnya lebih mudah untuk dilaksanakan dan ia juga akan menerima bantuan dalam pelaksanaan tugas tersebut.

Kita melihat Sahabat Rasulullah ini hanyalah segelintir dari kalangan yang mendapati bahawa penyandangan jawatan sebagai pemimpin adalah sesuatu yang dipandang hebat dan dihormati. Mereka terlupa di sebalik kehebatan dan penghormatan yang diberi adalah tugas rumit dan sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan baik maka menyebabkan kesan yang tidak baik kepada orang bawahan dan juga rakyat. Apabila sampai pada hari pembalasan, maka hanya api neraka yang layak untuk pemimpin yang gagal. Walau bagaimanapun sebagai insan beriman sekalipun teruja untuk menjadi pemimpin, mereka adalah kalangan yang berhati mulia dan berlapang dada kerana tidak menolak teguran atau nasihat yang diberikan.

Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq dilihat secara sepakat oleh Sahabat-sahabat sebagai orang yang paling layak untuk menggantikan Rasulullah SAW yang wafat sebagai pemimpin umat Islam. Walau bagaimanapun sifat tawadu' yang ada pada peribadi beliau menjadikan beliau menerimanya dengan penuh rendah diri. Kesedihan yang masih berkabung di dalam hati atas kewafatan Rasulullah SAW juga sangat memberi kesan kepada perasaan beliau pada ketika itu dan menjadikan beliau tidak teruja dengan apa yang diterimanya.

Dalam ucapan sulung sebagai pemimpin, beliau menyatakan pelantikan beliau sebagai pemimpin tidak memadai untuk menjadi lambang bahawa beliau adalah yang terbaik dari kalangan mereka. Seterusnya, beliau mengharapkan sokongan selagi berada dalam kebenaran dan sebaliknya, sekiranya umat Islam melihat sebarang keburukan atau kebatilan daripada pihaknya, maka beliau meminta supaya ditegur dan dibetulkan.

Harapan yang sama juga dimajukan oleh pengganti Khalifah Sayyidina Abu Bakar, iaitu Sayyidina Umar al-Khattab. Sesuai dengan perwatakannya yang sangat tegas dan bengis, seorang lelaki mewakili rakyat menyambut harapan Sayyidina Umar dengan mengatakan bahawa sekiranya Khalifah melakukan penyelewengan, pihak rakyat akan membetulkannya dengan menggunakan ‘mata pedang'.

Selanjutnya dalam satu peristiwa, Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan Khalifah supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan menempelak pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, "Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah". Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, "Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku".

Sifat-sifat berlapang dada yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ulung ini membuktikan mereka adalah kalangan insan yang tinggi taqwanya. Mereka tidak mengejar pangkat dan kedudukan, sebaliknya pangkat dan kedudukan itu digunakan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Melalui jawatan tersebut mereka membuat keputusan dan dasar-dasar kenegaraan yang memberikan kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

Selanjutnya, sangat menarik untuk kita meneladani keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz yang memerintah dari tahun 717H sehingga 720H, sebagai seorang pemimpin dan ketua negara. Sebelum pelantikan tersebut yang dilakukan oleh Khalifah Sulayman Abdul Malik berlaku, beliau beberapa kali berikhtiar supaya Khalifah Sulayman mengubah keputusannya. Dan apabila beliau menerima pelantikan tersebut, beliau telah merubah budaya dengan meletak jawatan dan memulangkan semula jawatan tersebut kepada rakyat. Memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih calon yang lebih layak untuk memimpin rakyat dan negara. Akan tetapi, disebabkan beliau sememangnya calon yang paling layak dan amat dekat di hati rakyat, maka beliau juga yang akhirnya dipilih. Ini menunjukkan bahawa kesediaan beliau untuk meletak jawatan dan mengundur diri daripada menjadi pentadbir negara adalah disebabkan ketaqwaannya kepada Allah SWT. Ketaqwaan melahirkan kebimbangan untuk menerima tanggungjawab yang amat berat; bimbang sekiranya pelantikan itu hanya mengundang keburukan kepada rakyat dan negara. Kesediaan untuk mengundurkan diri adalah sebahagian daripada usaha memelihara kemaslahatan rakyat.

Daripada pengalaman pemimpin-pemimpin ulung ini, kesediaan menerima teguran, pembetulan sehinggalah ke peringkat berundur diri, bukanlah sikap yang menjatuhkan maruah peribadi. Pengalaman lampau membuktikan sikap dan tindakan tersebut menjadikan golongan rakyat lebih menghormati dan mengkagumi keperibadian pemimpin sebegini. Kebaikan kepimpinan akan dinilai dan dirasai oleh pihak rakyat, maka sia-sialah sikap sesetengah pemimpin yang terus mendakwa dirinyalah yang paling layak untuk memimpin sedangkan rakyat yang menjadi hakimnya.

Selasa, 14 Oktober 2008

Kekalkan amanat akar umbi

"Perjalanan masih jauh," itulah salah satu komen yang diterima oleh penulis daripada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini. Istilah 'perjalanan masih jauh' ini bukan sahaja dizahirkan oleh calon yang sudah layak, malah yang masih memburu pencalonan pun memberi ulasan yang sama.

Sememangnya, pencalonan amat penting dan melalui sistem kuota yang dilaksanakan oleh UMNO, pemilihan di peringkat bahagian ibarat 'pusingan kelayakan' sebelum calon-calon yang terpilih bertanding pada 'pemilihan akhir' Mac depan. Walaupun sesetengah calon sudah pun layak tetapi timbul kerisauan di kalangan mereka apakah momentum sokongan yang diberikan akan berterusan?

Ini kerana sejarah pemilihan UMNO sudah membuktikan berkali-kali bahawa memiliki pencalonan yang tinggi acap kali berakhir dengan 'tragedi' pada pemilihan yang bakal berlangsung di Perhimpunan Agung UMNO.

Oleh itu dalam memburu pencalonan ini, biarlah ia ditentukan secara tulen oleh ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi dan bukannya bersandarkan kepada kehendak kepimpinan bahagian.

Adalah sesuatu yang merugikan jika pencalonan dilakukan kerana kehendak kepimpinan bahagian sedangkan di peringkat akar umbi mereka menolak pemimpin yang dicalonkan itu.

Justeru semangat akar umbi bukan sahaja harus diterjemahkan ketika mesyuarat bahagian malah lebih kritikal lagi ia perlu disemarakkan ketika pemilihan akhir nanti. Sebarang tindakan mengkhianati semangat akar umbi tersebut hanya akan mendatangkan keburukan kepada UMNO dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kelmarin, jelas sebahagian besar pencalonan terutama bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda dilakukan melalui pengundian terbuka oleh ahli-ahli akar umbi. Ketika ini mungkin kepimpinan bahagian merasakan mereka ada calon pilihan sendiri tetapi ia mungkin tidak serasi dengan kehendak akar umbi.

Ini kerana pencalonan tidak harus bersandarkan kepada usaha untuk 'membalas budi' atau 'mengambil hati' mana-mana pemimpin. Sebaliknya ia harus berteraskan kepada keupayaan dan kemampuan seseorang calon itu membawa panji-panji perjuangan parti dalam berhadapan dengan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Tindakan memberi pencalonan untuk 'membalas budi' atau 'mengambil hati' bukan sahaja tidak akan menguntungkan UMNO malah calon itu sendiri. Ini kerana mungkin di peringkat bahagian beliau mendapat sokongan yang kuat tetapi bagaimana dengan pengundian nanti?

Penentu

Apakah perwakilan yang melangkah ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Mac ini akan membawa semangat berkenaan atau ia ditinggalkan semata-mata bagi memburu 'apa yang ada' di PWTC nanti?

Namun begitu apa yang perlu difahami oleh kepimpinan dan ahli di peringkat bahagian bahawa UMNO berada dalam zon bahaya. Pemilihan kali ini akan menjadi penentu seperti kata seorang calon Naib Ketua Pemuda sama ada "UMNO membina kekuatan atau dikuburkan" oleh rakyat dalam pilihan raya nanti.

Berdasarkan hakikat itu, pemilihan barisan kepimpinan hatta untuk satu pencalonan sekalipun haruslah dilontarkan kepada calon-calon yang benar-benar layak dan hanya yang terbaik sahaja melepasi pusingan kelayakan ini. Ini bermakna dalam membuat pemilihan, ahli-ahli UMNO bukanlah berpandu semata-mata kepada cita rasa mereka tetapi juga apakah cita rasa rakyat di luar UMNO.

Selain itu, mereka juga perlu menyingkirkan sebarang sentimen ketika membuat pencalonan sebaliknya berpandu kepada hasrat mewujudkan satu barisan kepimpinan UMNO yang ampuh dan mantap bukan sahaja demi masa depan parti itu malah demi memperjuangkan agenda Melayu dan umat Islam.

Bagi penganalisis politik Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, kempen dan pertarungan sebenar hanya akan berlaku selepas calon-calon disenarai pendek apabila mesyuarat bahagian berakhir November nanti.

"Kekuatan sebenar tiap-tiap calon hanya dapat dinilai selepas pencalonan selesai. Tetapi persoalannya apakah semangat pencalonan akan diterjemah sepenuhnya dalam pengundian nanti? Ini satu perkara penting yang para perwakilan UMNO harus fikirkan demi survival parti itu," katanya.

Setakat ini adalah jelas ahli-ahli UMNO akur dengan pelan peralihan kuasa, apabila memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dicalonkan menduduki kerusi Presiden yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengemudi

Mereka memahami bahawa Najib perlu mendapat pencalonan lengkap kerana beliau bakal mengemudi bahtera UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan. Bagi kerusi Timbalan Presiden pula, setakat ini sudah ada isyarat yang jelas siapa yang ahli-ahli UMNO mahu untuk menjadi pembantu terbaik kepada beliau.

Tanpa mahu menyebelahi mana-mana calon tetapi berasaskan kepada pencalonan setakat ini adalah jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin difikirkan oleh ahli-ahli UMNO paling layak menduduki jawatan berkenaan.

Perjalanan bagi Muhyiddin masih jauh. Walaupun beliau dijangka tidak menghadapi masalah untuk melepasi kuota bertanding tetapi ada harapan yang besar di kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli UMNO agar pemilihan peringkat Timbalan Presiden tidak sampai ke pusingan akhir. Ertinya, berakhir ketika mesyuarat bahagian sahaja.

Ini kerana dalam kedudukan UMNO sekarang biarpun kita sering mendengar bahawa ini adalah 'pemilihan persahabatan' tetapi demi secebis kuasa segala-galanya boleh berlaku. Apa pun ia adalah hak ahli-ahli UMNO menentukannya.

Apa yang pasti berdasarkan track record perkhidmatan dalam parti dan kerajaan serta karisma yang dimiliki, rakyat di luar UMNO sendiri mampu menilai siapa paling layak berganding dengan Najib.

Semangat akar umbi juga dilihat berterusan di peringkat Naib Presiden apabila beberapa calon yang sebelum ini dikatakan tidak begitu menonjol mula mendapat pencalonan tertinggi termasuklah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilaporkan memperolehi pencalonan melalui pengundian terbuka.

Langkah mendapat pencalonan melalui cara itu jelas membuktikan bahawa beliau menjadi pilihan akar umbi dan bukannya berasaskan kepada penilaian sesetengah pemimpin bahagian sahaja. Sekali lagi, persoalan timbul sejauh manakah kehendak akar umbi ini akan direalisasikan pada pemilihan akhir nanti.

"Kita berharap momentum yang memaparkan kehendak akar umbi ini berterusan, ini kerana buat pertama kalinya pencalonan yang diperolehi adalah melalui pengundian terbuka.

''Keadaan ini berbeza berbanding pemilihan lalu di mana walaupun calon mendapat pencalonan yang tinggi, tetapi ia berdasarkan kehendak kepimpinan bahagian, bukan akar umbi," kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada penulis ketika dihubungi.

Suara akar umbi adalah suara keramat ia juga adalah suara rakyat biasa yang bukan ahli UMNO dan sudah pasti ia juga ibarat denyut nadi pengundi-pengundi yang sedang memerhati dengan teliti proses menyediakan barisan kepimpinan oleh UMNO.

Seperti mana kata Muhyiddin dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, "Tiada gunanya kita melakukan sesuatu kalau ia ditolak oleh rakyat."

Begitulah juga dalam menyediakan barisan kepimpinan ini, ahli-ahli UMNO di peringkat bahagian perlu benar-benar menilai keupayaan seseorang.

Mereka tidak boleh menganggap 'beri sahaja pencalonan dan biarkan perwakilan tentukan', sedangkan dalam sistem kuota, kekurangan satu pencalonan sahaja boleh menyebabkan seorang pemimpin berwibawa kehilangan peluang untuk bertanding.

Biarlah pemilihan akhir nanti kalaupun berlaku pertandingan, ia berasaskan pertembungan memilih yang terbaik di kalangan terbaik dan bukannya menjadi bahan jenaka serta menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berhubung masa depan kepimpinan UMNO.

Jika tidak timbul kesedaran di kalangan ahli UMNO untuk memberi pencalonan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang mantap dan berwibawa, rakyat sudah pasti tidak akan menunggu bulan Mac untuk memutuskan sama ada mereka hendak menyokong UMNO atau tidak.

Mereka akan awal-awal lagi menolak parti itu. Oleh itu pastikan suara akar umbi bukan sahaja didengari tetapi juga dipatuhi.

Oleh Zulkiflee Bakar

Khamis, 9 Oktober 2008

Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

Satu pengorbanan besar pemimpin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan umno Mac tahun depan.

Beliau yang membuat keputusan itu dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar semalam, tidak mahu melihat berlakunya perpecahan dalam BN.

DS Abdullah berkata beliau akan terus melaksanakan beberapa inisiatif bagi pengukuhan daya saing negara dalam menghadapi cabaran global.

Dengan keputusan itu, bermakna proses peralihan kuasa oleh Paklah kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010, diawalkan setahun.

HINDRAF KURANG AJAR, UMPAMA MELUDAH KEATAS SEJADAH!!!

Setelah 30 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan, kita dituntut untuk merayakan kejayaan menjalani ibadat puasa pada 1 Syawal.

1 Syawal adalah hari dimana umat Islam beribadat dengan cara merayakannya (berlandaskan syariat). Sehinggakan pada hari tersebut juga diharamkan umat islam berpuasa.



Pada Hari Raya Aidilfitri, sekumpulan penyokong Hindraf telah bertindak menyerahkan patung beruang dan kad hari raya semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota kabinet. Kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA. Mengapa semasa Hari Raya Aidilfitri pun Hindraf datang dengan cara yang kurang ajar begini?

Kumpulan Hindraf ini terlalu kurang ajar kerana mencemari Aidilfitri, mencemari Majlis Rumah Terbuka yang di adakan oleh pemimpin negara, sudahlah datang tanpa di jemput kemudian buat hal pula. Mengapa orang melayu duduk diam sahaja? Apa tindakan yang di ambil terhadap Hindraf?

Hari Raya (bulan Syawal) adalah bulan yang mulia bagi umat islam dan bulan ini adalah bulan kemenangan dan bulan kemaafan, tetapi jangan pula ingin mengambil kesempatan terhadap bulan yag mulia ini.

Telah genap seminggu kejadian 'Pelampau Tamil a.k.a HINDRAF', masih tiada tindakan tegas yang diambil keatas meraka.

Kita harus pastikan Hindraf sedar akan ke dududukan mereka dan jangan sangat keterlaluan dan jangan ingat orang melayu senyap tanda takut.

Selasa, 30 September 2008



Tiada kata seindah zikir,

Tiada bulan seindah ramadhan,

Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertaut,

Memohon maaf untuk lisan yang terlanjur,

Janji yang terabai,

Hati yang berprasangka,

Dan semua sikap yang menyakitkan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Selasa, 23 September 2008

Tanda pudarnya perjuangan UMNO.....

Adalah sangat menyedihkan apabila UMNO tidak lagi mendapat kepercayaan untuk memperjuangkan asas perjuangan parti.

HULU KLANG 22 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 12 September lalu akan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Presiden Penajanya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan tersebut akan mempertahankan Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana termaktub di bawah Akta 153 sebagai Undang-Undang Tertinggi Negara (Supreme Law of The Land) dalam Perlembagaan.

Beliau menegaskan, pertubuhan itu yang berpaksi kepada perjuangan `Pribumi Perkasa Negara’ turut mendaulatkan asas-asas Perlembagaan yang sejak akhir-akhirnya telah diganggu-gugat.

“Terlalu banyak perkara yang disentuh sekarang ini bukan sahaja Akta 153 tetapi juga Akta 152, begitu juga dengan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Kerana itu, pada saya pertubuhan ini akan memainkan peranan penting sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan agenda Melayu-Islam,’’ katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama pertubuhan itu dan majlis berbuka puasa bersama media di sini malam ini.

Jawatankuasa penaja pertubuhan itu terdiri daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Datuk Fuad Hassan dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Dua Naib Presiden pula ialah Datuk Suib Lazim dan Datuk Mokhtar Samad manakala Setiausaha Agungnya pula ialah Syed Hassan dan Syed Ali.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, pertubuhan itu boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

“Ini bukan pertubuhan politik tetapi lebih kepada perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam untuk mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mahu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam supaya menyertai pertubuhan itu.

Sebarang pertanyaan katanya, orang ramai boleh datang sendiri ke pejabat pertubuhan itu di Tingkat 4, Wisma Central, Jalan Ampang atau menghubungi talian 014-9218508.

- Utusan

p/s: UMNO... Dulu, kini dan selamanya...... Ahli UMNO... Dulu, kini tetapi tidak selamanya....


Khamis, 18 September 2008

Segelintir Yang Faham

Artikel berikut adalah tulisan oleh seorang bukan melayu yng telah dipapar di Utusan Malaysia (18 September 2008). Saya berpendapat penulis adalah segelintir dari rakyat Malaysia baik melayu atau bukan melayu yang faham akan fakta dan sejarah Negara.


Jangan padam fakta negara

PRESIDEN MCA, Datuk Ong Ka Ting berkata, sebab utama komuniti Cina berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang menganggap mereka sebagai pendatang adalah kerana "nenek moyang mereka telah berkorban untuk negara ini lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan."

Saya tidak pasti sama ada boleh bersetuju dengan pendapat Ka Ting itu. Sebagai generasi muda keturunan bukan Melayu saya ragu-ragu dengan kebenaran kenyataan itu.

Benarkah nenek moyang kita telah berkorban untuk negara ini melalui kerja keras setelah berhijrah dari benua China ke Malaysia, dulunya Tanah Melayu?

Atau kerja keras yang dilakukan itu adalah pengorbanan untuk membebaskan diri mereka daripada kehidupan yang melarat sewaktu berada di negara asal mereka sehingga ada antara kita menjadi kaya raya dan tidak mahu lagi balik ke China atau India atau Indonesia?

Sebagai pelajar sejarah, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa nenek moyang saya yang datang ke negara ini bekerja siang malam bukan sangat ingin berbakti kepada Tanah Melayu, seperti yang didakwa oleh Ong Ka Ting, tetapi lebih untuk memajukan diri supaya kesengsaraan kehidupan mereka sebelum itu berjaya diatasi.

Pengamatan ini saya buat setelah membaca buku V. Purcell berjudul Chinese in Malaya. Dalam buku itu, pengarang Inggeris itu antara lain merumuskan, " in Malaya their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible ."

Menurut Purcell, matlamat Inggeris membawa pendatang asing China dan India adalah untuk memeras kerajinan mereka bekerja bagi meraih keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Tidak tertulis - secara tersurat atau tersirat yang pendatang China itu dibawa ke Tanah Melayu untuk memberi pengorbanan bagi membangunan negara ini.

Dengan kata-kata lain, kedatangan komuniti dari China ke negara ini bukan untuk berbakti untuk Tanah Melayu seperti yang didakwa oleh Kah Ting tetapi untuk meneroka atau malah memeras kekayaan negara Melayu ini, membuat sebanyak mungkin kekayaan pada waktu yang singkat, kemudian hidup untuk senang lenang di negara asal mereka.

Ka Ting dan warga Malaysia keturunan Cina yang lain patut menerima hakikat itu, bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan untuk menyedapkan hati masyarakatnya dengan menolak hakikat sejarah. Usahlah kita menipu sejarah atau menggunakan sejarah sebagai expidient politik untuk menghalalkan tentangan kita terhadap persetujuan asas yang telah kita capai sewaktu negara ini mencapai kemerdekaan.

Fakta

Benar, generasi keturunan pendatang itu sekarang mungkin sudah menjadi warga negara Malaysia. Tetapi kita tidak akan dapat memadamkan fakta bahawa warga Malaysia keturunan Cina adalah berasal usul pendatang. Apa yang saya tahu tidak ada antara mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dulu dengan niat untuk berkorban membangunkan Tanah Melayu. Mereka datang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Setelah menemuinya, mereka membuat keputusan untuk tinggal terus di sini.

Tuan rumah pula bersetuju untuk mengiktiraf mereka bukan sebagai penumpang, tetapi sebahagian daripada warganya. Alangkah bertuahnya kita. Kalau orang luar berhijrah ke negara China, mereka belum tentu lagi diberi layanan yang sama.

Lihatlah bagaimana pihak berkuasa China melayan komunis Melayu yang tinggal dalam buangan di negara China. Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Beijing, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai warga negara. Mereka dilayan seperti sampah.

Akhirnya, pejuang komunis seperti Musa Ahmad, Khadijah Sidek dan ramai lagi terpaksa pulang ke Malaysia kerana berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China walaupun mereka pernah berjuang untuk kepentingan ideologi yang sama.

Lantaran usahlah kita emosional kerana hakikatnya warga keturunan bukan Melayu memang bangsa luar dari alam Melayu ini. Cuma status kita sudah bertukar yang memberi kita hak untuk menetap di negara ini, sama seperti yang dimiliki penduduk pribumi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bernaung di bawah kepimpinan Melayu, dulunya Raja-raja Melayu sekarang UMNO. Kita dibenarkan membuat kekayaan mengatasi orang Melayu itu sendiri. Alangkah beruntungnya kita.

Jadi bagi saya sebab yang lebih munasabah mengapa orang Cina di Malaysia patut berang kalau dianggap sebagai pendatang bukan kerana nenek moyang kita pernah berkorban untuk Tanah Melayu, tetapi kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia. Sebagai warga negara tentulah tidak kena jika label pendatang dipakai untuk kita.

Hak-hak kita sebagai warga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tentulah tidak ada jaminan yang lebih kudus daripada apa yang terkandung dalam undang-undang utama negara itu. Tiada siapa yang boleh menarik balik atau membatalkan apa yang tercatat di dalamnya.

Bagi saya apa yang saya pasti ialah pemberiaan kewarganegaraan kepada penduduk imigran Cina secara liberal berdasarkan prinsip jus soli adalah satu lagi bukti hasil kemurahan hati pemimpin Melayu pada 1957 telah membolehkan kita tinggal di bumi Melayu tanpa berasa takut diusir ke tempat lain. Kita hendaklah menjadi manusia yang tahu mengenang budi kerana dengan satu coretan pena, 1.5 juta penduduk imigran telah menjadi warga negara Tanah Melayu. Jika tidak, datuk nenek kita kita dulu mungkin menjadi orang tanpa warga negara. Bayangkan kesusahan yang akan kita alami.

Atau jika tidak besar kemungkinan nenek moyang kita terpaksa balik ke negara China dan kita tidak ada hak untuk tinggal di negara yang bernama Malaysia ini.

Hak istimewa

Bagi saya pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli ini adalah hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kita menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.

Warga Malaysia keturunan Cina patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, marilah kita akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Marilah kita belajar untuk menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.

GENERASI MUDA REALISTIK

Shah Alam

Selasa, 16 September 2008

Mencari Ketua Pemuda UMNO.

Berikut adalah artikel tulisan wartawan Zulkiflee Bakar yang di siarkan di dalam Mingguan Malaysia. Artikel ini sangat menarik terutamanya di tempoh mesyuarat Pemuda Bahagian yang bakal tiba

Mencari ketua Pemuda
(Mingguan Malaysia)

Apabila Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan secara rasmi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, maka bermulalah pertarungan sebenarnya bagi merebut jawatan yang dianggap semakin penting berikutan perkembangan politik semasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Setakat ini selain Mukhriz, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo juga telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan itu dan pada masa yang sama ahli-ahli Pemuda masih menunggu pendirian Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin yang dijangka mengumumkan pendiriannya dalam tempoh dua tiga hari lagi.

1. Tidak kisah siapapun bertanding, apa yang pasti keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan Pemuda UMNO yang sebelum ini diterajui oleh Hishammuddin selama 10 tahun harus diberi nafas baru.

2. Selain itu pertarungan merebut jawatan ketua Pemuda bukan sekadar meneruskan demokrasi dalam UMNO tetapi juga bagi menyediakan barisan kedua yang benar-benar mampu memperjuangkan nasib parti di masa depan terutamanya dalam berhadapan keampuhan parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

3. Rentetan sejarah perjuangan Pemuda telah diwarnai dengan pelbagai peristiwa malah suatu ketika dulu suara Pemuda amat digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan.

4. Pemuda dianggap kumpulan pendesak yang sentiasa berada di barisan hadapan bagi menjayakan visi dan misi UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Malah jika kedudukan parti diancam atau tergugat manakala kerajaan BN dikecam oleh mana-mana pihak, Pemudalah paling hadapan tampil melakukan pembelaan.

5. Dalam kedudukan UMNO kini berikutan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu, pemilihan ketua Pemuda kali ini amat penting. Pemuda tidak memerlukan pemimpin yang hanya bijak bercakap atau dilihat berani memberi pandangan semata-mata.

6. Sebaliknya Pemuda memerlukan ketua yang mampu memimpin, merancang dan bertindak bagi memastikan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat terutamanya generasi muda yang bakal menjadi pengundi penentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru ahli-ahli Pemuda harus menilai dengan bijaksana siapakah yang sepatutnya dipilih memimpin mereka.

Kepimpinan

1. Dalam soal ini, sudah pastilah UMNO memerlukan barisan kepimpinan Pemuda yang berwibawa dan dihormati atau bak kata orang mempunyai semangat kunyit – nampak gebu tetapi mampu memberi kesan dalam jangka panjang.

2. Ertinya, ketua Pemuda yang bakal dipilih harus bijak mengatur strategi dan menjayakan misi yang diamanahkan oleh parti. Jika mereka membangkitkan atau mempertahankan sesuatu isu biarpun nampak ‘lembut’ tetapi kesannya amat memberangsangkan seperti mana warna kunyit yang sukar dihapuskan.

3. Sudah sampai masanya, Pemuda melahirkan semula semangat perjuangan sebagai wira yang dihormati oleh kawan dan lawan. Pemuda tidak boleh lagi dilihat terlalu ‘bermain cara selamat’ demi untuk menjaga hati pihak tertentu.

4. Jika apa yang hendak diperjuangkan adalah satu kebenaran demi agama, bangsa dan negara serta kepentingan BN, maka mereka perlu ke hadapan dan bukannya sekadar menjadi pemerhati semata-mata. Ketika diminta mengulas isu ini seorang ahli Pemuda di sebuah bahagian di Negeri Sembilan berkata, sama ada hendak diakui atau tidak, Pemuda sekarang tidak lagi digeruni.

‘‘Kita bukannya mahu Pemuda menjadi pendesak tidak tentu fasal tetapi biarlah apabila Pemuda bersuara orang akan berasa gerun dan menghormatinya,” kata beliau ketika dihubungi.

5. Oleh itu Pemuda memerlukan satu barisan yang benar-benar berwibawa, bertanggungjawab dan tegas dalam menegakkan perjuangan.

6. Pemuda sudah tidak ada masa lagi untuk berlenggang-lenggok dalam perjuangannya. Sebaliknya sayap paling kanan UMNO itu harus memainkan peranan yang benar-benar berkesan sebagai benteng parti.

Dalam soal ini, tidak perlulah kita menoleh sejarah yang ditinggalkan oleh Hishammuddin. Sepanjang 10 tahun, beliau sudah melakukan segala-galanya untuk memastikan barisan Pemuda menjadi satu pasukan yang berjaya. Tetapi perkembangan politik negara memerlukan tuntutan dan pendekatan baru.

1. Bakal ketua Pemuda UMNO nanti mestilah memiliki karisma yang mampu menarik generasi muda memberi sokongan kepada parti tersebut dan membuang imej parti itu yang dilihat milik golongan elit.

2. Dalam soal ini, seseorang calon yang mempunyai sifat rendah diri, memiliki moral yang tinggi dan berwibawa perlu menjadi pilihan utama kepada ahli-ahli Pemuda.

3. Mereka tidak harus menilai personaliti seseorang itu secara peribadi semata-mata.

4. Tindakan membuat penilaian seumpama itu dibimbangi akan mengorbankan calon yang berwibawa untuk memimpin sayap tersebut.

5. Ahli-ahli Pemuda perlu bijak menilai dan mengkaji siapakah yang paling layak untuk memimpin mereka.

6. Sebarang keputusan yang hendak dibuat harus berasaskan kepada pertimbangan jangka panjang mengenai peranan serta tanggungjawab besar yang menanti pergerakan itu.

7. Ahli-ahli Pemuda tidak wajar terpengaruh dengan apa-apa juga tawaran berbentuk material yang sudah pastilah hanya demi kepentingan peribadi mana-mana calon untuk meraih jawatan.

8. Sebaliknya mereka perlu memilih seorang calon yang mampu membentuk satu barisan Pemuda yang mempunyai visi dan misi yang cukup jelas bagi meletakkan pergerakan itu sebagai satu pasukan yang akan sentiasa dihormati.

9. Apa yang perlu difahami, pemilihan Pemuda kali ini bukan sahaja mendapat perhatian ahli-ahli UMNO tetapi juga rakyat terutamanya generasi muda.

10. Mereka ingin melihat sejauh mana bijaknya ahli-ahli Pemuda memilih pemimpin yang bakal diketengahkan. Jika ketua yang dipilih itu berwibawa dan mempunyai wawasan sudah pasti generasi muda akan menyokong UMNO dan BN.

11. Kepada calon-calon yang menawarkan diri pula, mereka perlu ikhlas dan bukannya menjadi pemilihan Pemuda sebagai medan untuk menyambung hayat politik mereka.

12. Sebaliknya, penawaran diri tersebut adalah berasaskan keyakinan bahawa beliau mampu melakukan sesuatu bagi memartabatkan Pemuda UMNO.

13. Mereka tidak perlu menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meraih undi sebaliknya membentangkan agenda yang hendak dilakukan jika terpilih. Agenda itu bukan sekadar untuk memperkasakan Pemuda UMNO sahaja tetapi juga Pemuda BN.

14. Penawaran diri kali ini harus disertakan dengan penyenaraian agenda-agenda itu supaya ahli-ahli Pemuda mampu membuat keputusan yang tepat.

15. Kalau sekadar menawarkan diri semata-mata tanpa memberitahu apa yang hendak dilakukan adalah lebih baik calon tersebut tidak bertanding.

16. Ini kerana tindakan sedemikian mungkin akan menyebabkan ahli Pemuda tersalah pilih calon kerana terpedaya dengan personaliti sedangkan calon itu ibarat tin kosong, bunyi sahaja kuat tetapi isinya tiada.

17. Apa pun keadaannya, pemilihan Pemuda kali ini terlalu penting untuk UMNO dalam usaha untuk meraih kembali sokongan rakyat kepada parti Melayu itu serta BN.

18. Jika dalam pilihan raya umum akan datang, generasi muda masih terus menolak UMNO dan BN, maka ketua yang dipilih itu harus belajar untuk bertanggungjawab dengan mengundurkan diri secara sukarela.

19. Senario politik negara tidak memerlukan lagi pemimpin yang hanya pandai bercakap kerana rakyat sekarang sudah terlalu bijak dalam soal membuat penilaian mengenai politik.

Kini terserahlah kepada ahli-ahli Pemuda untuk menentukan siapa yang ingin mereka pilih tetapi apa-apa pun mereka perlu memahami Pilihan Raya Umum Ke-13 bukanlah lagi gelanggang memperkukuhkan UMNO dan BN tetapi medan memulihkan kembali sokongan rakyat kepada kedua-dua parti tersebut.

Yang Berbudi Di Tinggal-Tinggalkan, Yang Membakar Kelambu Di Timang-Timangkan...

Sungguh menghairankan apabila dilihat perlakuan kepimpinan Pak Lah; Yang Berbudi (Tun Dr M) Di Tinggal-Tinggalkan, Yang Membakar Kelambu (Datuk Zaid Ibrahim) Di Timang-Timangkan...

Terlalu ramai masyarakat Melayu amnya dan ahli UMNO khususnya, tua mahupun muda, yang menyambut baik perletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab perihal undang-undang tersebut. Malah yang tua ramai memang asalnya tidak setuju Zaid, setelah digantung kedudukan partinya kerana mengamalkan politik wang, diangkat menjadi Menteri, apatah lagi dalam hal undang-undang serta kehakiman!

Yang muda pula, walaupun ada yang pada awalnya mengagumi kelantangan suaranya, terlalu ramai kini merasa hambar akibat tindak-tanduk Zaid yang menghina Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Zaid tidak menghalang, malah menggalakkan supaya kedudukan mahkamah syariah dipersoalkan oleh Bar Council harbi. Dah lah tu, ada hati pulak nak tuntut perletakkan jawatan pemimpin UMNO seperti Tan Sri Muhyiddin yang lebih Melayu kelakuan darinya.

Maka begitu tenang rasanya hati bila pembakar kelambu seperti Datuk Zaid ini dengan sendirinya mahu berundur.

Tetapi apakah ini? Kenapakah Pak Lah MENOLAK perletakkan jawatan Zaid? Bagi cuti pulak tu! Katanya supaya Zaid boleh memikirkan semula niat perletakkan jawatannya. Amende ni? Kata nak dia kekal kerja, tetapi bagi cuti! Kenapakah Datuk Zaid ini dimanjakan sebegitu sekali? Pak Lah memerlukan sangat ka pencalonan darinya kalau beliau menang sebagai Ketua Bahagian Kota Bharu?

Yang merunsingkan kaum muda lagi adalah, kenapakah Pak Lah masih belum mengadakan mesyuarat khas MKT untuk mengaktifkan semula keahlian Tun Dr Mahathir? Takkanlah orang berbudi macam Tun pun kena tunggu borang lagi?! Malah, atas dasar mengagumi kesetiaan mereka, MKT sepatutnya mengaktifkan semula SEMUA ahli yang meletakkan jawatan bersama-sama dengan Tun! Yang Datuk Zaid boleh pulak dibuat manja...

Masih Melayukah, masih Islamkah kepimpinan Pak Lah kalau begini perlakuannya? Wallahualam...