Selasa, 23 September 2008

Tanda pudarnya perjuangan UMNO.....

Adalah sangat menyedihkan apabila UMNO tidak lagi mendapat kepercayaan untuk memperjuangkan asas perjuangan parti.

HULU KLANG 22 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 12 September lalu akan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Presiden Penajanya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan tersebut akan mempertahankan Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana termaktub di bawah Akta 153 sebagai Undang-Undang Tertinggi Negara (Supreme Law of The Land) dalam Perlembagaan.

Beliau menegaskan, pertubuhan itu yang berpaksi kepada perjuangan `Pribumi Perkasa Negara’ turut mendaulatkan asas-asas Perlembagaan yang sejak akhir-akhirnya telah diganggu-gugat.

“Terlalu banyak perkara yang disentuh sekarang ini bukan sahaja Akta 153 tetapi juga Akta 152, begitu juga dengan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Kerana itu, pada saya pertubuhan ini akan memainkan peranan penting sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan agenda Melayu-Islam,’’ katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama pertubuhan itu dan majlis berbuka puasa bersama media di sini malam ini.

Jawatankuasa penaja pertubuhan itu terdiri daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Datuk Fuad Hassan dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Dua Naib Presiden pula ialah Datuk Suib Lazim dan Datuk Mokhtar Samad manakala Setiausaha Agungnya pula ialah Syed Hassan dan Syed Ali.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, pertubuhan itu boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

“Ini bukan pertubuhan politik tetapi lebih kepada perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam untuk mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mahu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam supaya menyertai pertubuhan itu.

Sebarang pertanyaan katanya, orang ramai boleh datang sendiri ke pejabat pertubuhan itu di Tingkat 4, Wisma Central, Jalan Ampang atau menghubungi talian 014-9218508.

- Utusan

p/s: UMNO... Dulu, kini dan selamanya...... Ahli UMNO... Dulu, kini tetapi tidak selamanya....


3 ulasan:

Kembara Politik berkata...

Peralihan kuasa perlu dipercepatkan. YAB Presiden perlu undur secara terhormat atau diundurkan melalui PAU Disember ini. Harap YAB Presiden faham akan suara akar umbi.

Persoalannya:

1. Adakah YAB Presiden memikirkan nasib agama, bangsa & negara?
2. Adakah beliau akan undur sebelum PAU Disember ini secara terhormat dengan rela hati?
3. Jika tidak berundur, adakah setiap Bahagian mempunyai rasa tanggung jawab dalam memastikan perubahan pucuk pimpinan berlaku?

Wallahualam.

Luth berkata...

Udah-udah la, Ameno dah nak terkubur.. Amin.

azlishukri berkata...

UMNO tetap akan kekal. salam aidilfitri.