Assalamualaikum wbt!
Dari tahun lepas saya tidak menulis kerana semangat dan perasaan saya terjejas dek keruntuhan perpaduan umat melayu sehinggalah hari ini, hari yang saya fikir umat melayu seharusnya nampak dengan jelas niat Pakatan Rakyat.
Kita orang melayu, telah banyak kehilangan 'melayu'... bak kata orang yang tinggal hanya 'Keretapi Tanah Melayu'.... tapi ramai yang terleka, terlupa dan tidak sedar yang kita juga masih ada simbol kedaulatan melayu iaitu Raja-Raja Melayu. Inilah antara faktor yang meletakkan keistimewaan bangsa melayu disatu tahap yang tidak boleh dipertikaikan.
Tapi hari ini jelas sudah terdapat sekelompok penderhaka yang sebelum ini bagai 'si kudung yang mendapat cincin' yang ingkar titah Sultan. Saya pasti ramai yang maklum situasi politik di Perak, Nizar terperangkap sebagai boneka politik Pakatan Rakyat, sekarang ini sanggup menderhaka kepada Sultan sendiri untuk kepentingan politik rakus.
Bukan sekali dua Nizar melangkau kuasa Sultan, kalau kita masih ingat isu pemecatan Mufti Perak dan isu tanah di Perak. Beliau sering membuat keputusan seolah2 negeri Perak tiada Ketua Kerajaan. Itu antara isu yang terpampang di media massa.
Rakyat maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor adalah titah Sultan.
Merah semangat panas membara,
Disiram minyak berkali kali,
Demi Agama, Bangsa dan Negara,
Menjunjung titah menyanjung Duli.
Nizar dan penyokong meraka yang ingkar titah Paduka Sultan nyata menderhaka, mereka harus diambil tindakan. Mereka patut dibuang negeri kerana beliau tidak menjunjung titah Paduka Sultan.
Baru sekelumit kuasa dapat ditangan, sudah mendabik dada terhadap Paduka Sultan. Saya terfikir apa pula yang akan terjadi jika mereka ini mendapat kuasa penuh kelak. Dan apa pula pandangan Institusi Raja-raja Melayu terhadap mereka ini.
Umat melayu perlu sedar.... ini bukan bandingan kisah hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat.
Daulat Tuanku!!!
“…Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang pernah menghadapi merbahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu”. – Dato’ Onn Ja’afar Persidangan Kongres Melayu 1 Mac 1946
3 ulasan:
Selamat berjuang kembali..
Kembara Politik
Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya.
buang negeri plak..buang ajer dri negara ni...kalau datang kat negeri lain dia menderhaka lagi..
Catat Ulasan