Beberapa hari yang lepas, isu mencium dan menjunjung keris hangat di perkatakan. Keris dihunus demi maruah & perjuangan akan hanya disarung semula setelah selesai niat dibuat, walaupun didalam bentuk adat. Walaupun sekadar adat, tetapi rakyat Malaysia dimomokkan dengan takrif yang salah. Hasilnya nasib lambang keperkasaan bangsa itu menjadi lebih teruk dari digantung di dinding hiasan rumah.
Dari zaman nenek moyang lagi adat menjunjung dan mencium keris ini diamalkan, tetapi arus masa telah merubah amalan ini kepada perkara tertentu sahaja. Jika amalan ini hendak dipertikaikan, pasti sejak pertabalan Yang di-Pertuan Agong Pertama lagi ia menjadi isu. Disetiap majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Baginda akan menghunus dan mengucup keris kerajaan sebagai lambang ketuanan. Namun pada hari pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Yang di-Pertuan Agong XIII pada Disember 2006, Baginda tidak menghunus tetapi cuma menjunjung keris kerajaan.
Mengapa? Mungkin baginda yang amat menyayangi rakyat peka dengan isu menghunus keris oleh DS Hishammudin. Menjunjung keris membawa maksud simbolik yang serupa kepada menghunus & mengucup keris tetapi dengan gaya yang lebih santun.
Disini saya sertakan pautan kepada laman yang mempunyai maklumat tentang sejarah asal - usul keris : Keris Melayu
Bersama kita fikirkan tentang nasib bangsa yang secara halus adat dan budayanya semakin menghilang, di atas nama perjuangan.......
“…Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang pernah menghadapi merbahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu”. – Dato’ Onn Ja’afar Persidangan Kongres Melayu 1 Mac 1946
Tiada ulasan:
Catat Ulasan