Beberapa hari yang lepas, isu mencium dan menjunjung keris hangat di perkatakan. Keris dihunus demi maruah & perjuangan akan hanya disarung semula setelah selesai niat dibuat, walaupun didalam bentuk adat. Walaupun sekadar adat, tetapi rakyat Malaysia dimomokkan dengan takrif yang salah. Hasilnya nasib lambang keperkasaan bangsa itu menjadi lebih teruk dari digantung di dinding hiasan rumah.
Dari zaman nenek moyang lagi adat menjunjung dan mencium keris ini diamalkan, tetapi arus masa telah merubah amalan ini kepada perkara tertentu sahaja. Jika amalan ini hendak dipertikaikan, pasti sejak pertabalan Yang di-Pertuan Agong Pertama lagi ia menjadi isu. Disetiap majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Baginda akan menghunus dan mengucup keris kerajaan sebagai lambang ketuanan. Namun pada hari pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Yang di-Pertuan Agong XIII pada Disember 2006, Baginda tidak menghunus tetapi cuma menjunjung keris kerajaan.
Mengapa? Mungkin baginda yang amat menyayangi rakyat peka dengan isu menghunus keris oleh DS Hishammudin. Menjunjung keris membawa maksud simbolik yang serupa kepada menghunus & mengucup keris tetapi dengan gaya yang lebih santun.
Disini saya sertakan pautan kepada laman yang mempunyai maklumat tentang sejarah asal - usul keris : Keris Melayu
Bersama kita fikirkan tentang nasib bangsa yang secara halus adat dan budayanya semakin menghilang, di atas nama perjuangan.......
“…Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang pernah menghadapi merbahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu”. – Dato’ Onn Ja’afar Persidangan Kongres Melayu 1 Mac 1946
Rabu, 30 April 2008
Selasa, 29 April 2008
Janji manis atau janji hamis......???
Sekarang ini manifesto2 ini byk dipapar dipelbagai laman blog, antaranya blog pembangkang sendiri:
1) http://abushifa.blogspot.com/2008/01/manifesto-pilihanraya-umum-ke-12.html
2) http://nur-mutiara.blogspot.com/2008/02/manifesto-ba-selangor.html
Inilah janji Barisan Alternatif sekiranya mereka berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor. Memandangkan BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor, maka Kita berhak untuk menuntut segala janji-janji yang telah di taburkan kepada Kita. Manifesto ini sepatutnya boleh diterima pakai disemua negeri yang diperintah BA seperti Perak, Penang, Kedah dan Kelantan. Antara yang paling menarik dalam manifesto tersebut ialah:
Barisan Rakyat terbahagi kepada 2 ->
1) Barisan Rakyat PKR - DAP
2) Barisan Rakyat PKR - PAS
Kenapa perlu 2 barisan? Kerana PAS dan DAP umpama minyak dan air... tidak akan mungkin bersatu. PKR adalah sumpah-sumpah yg memperalatkan DAP & PAS.
Antara perkara yang saya bingung ialah manifesto ini adalah janji Barisan Rakyat PKR-PAS, dan sekarang ini tiada lagi Barisan Rakyat (1 & 2).... yang ada Pakatan Rakyat yg kini kelihatan bagitu gah, walaupun hakikatnya rapuh persefahamannya!

Selasa, 15 April 2008
Melayu Perlu 'Kiasu' Untuk Berjaya?
Petikan artikel wawancara Prof Diraja Ungku Aziz tentang perlunya sifat 'kiasu' didalam diri bangsa Melayu:
Orang Melayu perlu mempunyai sifat kiasu, iaitu sentiasa mahu menjadi nombor satu atau yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi, kata pakar ekonomi dan cendekiawan negara, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun sifat kiasu, perkataan Hokkien yang bermakna ‘terlalu takut untuk kalah’ mempunyai kebaikan dan keburukannya, dan orang Melayu perlu mengambil aspek keberaniannya dalam berusaha mencapai kecemerlangan dalam kehidupan mereka.
Sifat kiasu itu adalah antara tujuh kebaikan yang perlu dimiliki orang Melayu untuk berjaya yang digariskannya pada Forum Khas Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 yang bertemakan ‘Melayu Dalam Pertanian: Dulu, Kini dan Akan Datang’ di sini hari ini.
Ungku Aziz berkata, orang Melayu juga perlu mempunyai sikap berani serta berani menanggung risiko, selain sifat siddique yang bermakna ‘berkata benar’ serta beramanah, telus dan mempunyai sifat ingin tahu.
Beliau berkata, sebelum zaman penjajahan, orang Melayu terkenal sebagai pedagang di rantau ini berikutan keberanian mereka mengembara menjaja barangan dagangan di peringkat antarabangsa serta berani mengambil risiko.
‘‘Malangnya dengan kedatangan British, orang Melayu telah ditindas dan minda serta pemikiran mereka dipengaruhi secara halus menyebabkan sehingga kini masih tidak mampu bangkit untuk mencapai kecemerlangan zaman Kesultanan Melayu,’’ katanya.
Bagaimanapun beliau yakin orang Melayu, terutama yang terlibat dalam bidang usahawan akan menggubah sikap mereka secara automatik dengan lebih menitikberatkan ilmu dan sentiasa berusaha bagi memajukan diri kerana wujudnya sikap ‘ingin tahu’ untuk membangun dan memperluaskan bidang yang mereka ceburi.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucaptamanya turut menyentuh mengenai pentingnya orang Melayu mempunyai sikap kiasu.
“Kita kena fikirkan, cari jalan dan kaedah, bagaimana kita boleh ubah minda dan fikiran orang Melayu terhadap diri mereka sendiri dan persekitarannya supaya mereka boleh jadi kiasu, aktif, gila kerja, tak suka duduk diam, sungguh-sungguh, setia, bertanggungjawab, cinta serta sayangkan bangsa dan agamanya,” katanya.
Naib Presiden UMNO itu berkata: “Kita perlu membentuk satu pandangan hidup orang Melayu, memperbetulkan world view mereka dengan cara yang baru dan konkrit, sistematik dan praktikal.”
Beliau yang tidak menafikan kerajinan orang Melayu bagaimanapun berkata, usaha perlu dilakukan bagi menjadikan mereka lebih rajin, serius dan bersungguh dalam kerjaya.
“Orang Melayu memang mahu jadi kaya tapi mahu ambil jalan yang mudah dan cepat, takut mengambil risiko dan hanya melakukan pelaburan yang paling minimum. Mereka suka membina dunia fantasi, dibuai dengan membayangkan yang indah dan seronok, tetapi hakikatnya mereka tidak serius dan bersungguh melakukan kerja dan tugasan,” katanya.
Muhyiddin berkata, akhirnya orang Melayu menjadi bangsa yang lemah, tidak berani, tidak agresif untuk mencapai kejayaan sehingga timbul cerita seperti ‘agan-angan Mat Jenin’, iaitu jenaka yang menghina bangsanya sendiri.
Beliau berkata, orang Melayu secara relatifnya masih rendah dari segi produktiviti, malah lebih rendah daripada pendatang tanpa izin walaupun mereka tidak ada kemahiran.
“Adakah ini akibat penjajahan yang begitu lama, hampir lebih 500 tahun menyebabkan minda orang Melayu beku dan statik bagaikan tanah yang tidak berbaja dan tidak ditimpa hujan sehingga tanah menjadi gersang dan me‘layu’?” katanya.

Khamis, 10 April 2008
Mukadimah Perlaksanaan Manifesto Barisan Rakyat
Disini dipaparkan 3 klip video untuk tontonan anda semua.
1)PKR-PAS-DAP Bela Penternak Babi Melaka
September 13, 2007
penternak telah dizalimi katanya.
2)DAP, PKR berjaya selamatkan BABI
September 05, 2007
Berpuluh-puluh ribu babi melaka yang berak busuk berterimakasih kepada DAP dan PKR kerana menyelamatkan nyawa mereka dari dibunuh kerajaan Melaka walaupun diternak secara haram.
3)Syabas!! Barisan Rakyat berbaris bersama babi..
April 07, 2008
SHAH ALAM 7 April -- Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.
Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.

Langgan:
Catatan (Atom)