Sabtu, 22 Mac 2008

Melayu - Lagenda @ Agenda

Gegak gempita kemarahan Gusti Adipati, Maharaja Majapahit apabila diketahui akan tuntutan oleh Kerajaan Demak agar Majapahit tunduk kepadanya atau menghadapi serangan besar-besaran.. Kemarahannya begitu mengerunkan sekali dengan suara yang hingar bingar namun... hanya untuk meruntun merayu kepada Melayu Melaka agar melindungi mereka dari ancaman Demak ini. Garangnya Gusti Adi Putra masih memerlukan pertolongan Melayu Melaka. Begitu hebat sekali Melayu pada ketika itu, disanjung dan dihormati bukan hanya kerana kekuatannya tetapi juga kerana pengaruhnya di rantau ini yang dibina melalui pemikiran strategik.

Dikala zaman kesultanan Melayu Melaka dulu, Melayu lah yang mencerna strategi untuk membangunkan pelabuhan Melaka sehingga menjadi tumpuan pedagang dari seluruh rantau ini.

Tak kala seorang bangsa yahudi cuba merobek dan menghancurkan kewangan negara yang membawa kepada krisis kewangan yang yang hebat, Melayu lah satu-satu bangsa yang berani berdepan dengannya dan mencabar sistem kewangan kapitalis palsu ciptaan zionist tanpa menghiraukan segala kecaman yang dilemparkan apakala diperkecilkan sebagai tidak faham ekonomi dan bakal berhadapan dengan kebankrapan negara. Hakikatnya Melayu telah membuktikan bahawa tidak ada salahnya kita menongkah arus mencabar sistem sediada yang disogokkan kepada kita selama ini jika kita faham sistem itu sebagai satu sistem korupt dan perlu diketepikan. Kita akhirnya berjaya mempertahankan ekonomi kita hanya dengan mencabar sistem mereka.

Dikala dunia keliru dan tergugat dengan sistem ekonomi sekular yang dicipta hanya untuk menundukkan kita kepada mereka, maka Melayu lah yang bangkit mempelopor sistem kewangaan Islam sebagai alternatif dan kita berjaya menerapkannya kedalam industri perbankan kita. Kini sistem ini dijadikan rujukkan dan diguna pakai oleh banyak negara-negara Islam di dunia yang kagum dengan cara perlaksanaan syariahnya.

Ketika dunia tercari-cari akan satu matawang alternatif sebagai pilihan lain dari menggunakan dollar Amerika, maka Melayu lah yang memperkenalkan penggunaan Dinar Emas bagi mengimbangkan keadaan dari terlalu bergantung kepada Amerika.

Pengenalan Islam Hadari, pusat-pusat pengajian tinggi Islam, industri automotif, pembangunan ICT, perdagangan dalam industri minyak dan gas dan lain-lain lagi semuanya adalah hasil dari cetusan pemikiran bangsa Melayu ini bagi memenuhi kekosongan yang wujud dikalangan dunia Islam khususnya. Apa yang tidak dilakukan dan di gerakkan oleh orang Islam sebelum ini, Melayu lah yang memulakannya untuk diguna pakai dan sebagai pelopor, Melayu dipandang tinggi.

Ketahuilah bahawasa nya Melayu adalah satu bangsa yang hebat dan unik pemikirannya sejak zaman berzaman.

Sebagai umat Melayu yang beragama Islam, kita menyumbang kepada segenap aspek kehidupan dan sekali gus mengangkat martabat agama suci Islam itu sendiri. Kita tidak taksub dalam menangani satu-satu hal dengan sewenang-wenangnya menterjemah Islam mengikut selera kita sendiri dan seterusnya membentuk persepsi buruk dimata bukan Islam seperti yang dilakukan oleh sesetengah golongan yang kononnya pembela Islam. Mereka merasakan meletupkan diri sebagai cara membela Islam, membunuh manusia yang tidak berdosa dengan begitu kejam sebagai cara membela Islam, melakukan serangan bom tanpa henti-henti sebagai membela Islam dan lantaran itu merasakan yang kematian mereka adalah syahid..Wallahualam. Jika cara tindakan radikal itu dikatakan berkesan, apakah hasil yang dapat kita lihat dari aktiviti tersebut? Konflik Islam-Israel berlarutan selama lebih 60 tahun, pembunuhan sesama Islam, pembunuhan orang yang tidak berdosa atas nama membela Islam? Ini adalah hasil dari tindakan yang datang dari corak pemikiran yang kosong dan tidak strategik dilakukan oleh bangsa Arab. Apabila kita amat-amati akan kronologi tersebut, maka berdetik didalam hati kita samada bolehkah kita harapkan bangsa Arab ini untuk membela Islam kita? Mungkin tidak..lantaran itu siapa yang boleh diharapkan untuk membela Islam?

Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekian, ianya satu persoalan yang sukar dijawab, namun dari rekod pencapaiaan kita selama ini, saya kira kita orang Melayu harus mengambil tanggungjawab tersebut tanpa syak lagi. Ini kerana kita bertindak waras dan mengamalkan corak pemikiran strategik untuk menyelesaikan masalah dan pendekatan kita lebih bersifat realistik dari hanya mengikut emosi dan menyebabkan permasalahan terus berlarutan tanpa penyelesaian berabad-abad lamanya. Ini sebenarnya wujud dalam diri kita sebagai orang Melayu.

Untuk itu keampuhan dan kekuatan Melayu amat-amat diperlukan dan apa saja gerakan-gerakan yang Melayu akan lakukan harus praktikal, realistik dan sistematik bagi satu jangkamasa yang cukup panjang. Melayu harus kembali menoleh ke zaman kegemilangannya mengangkat mertabat bangsa dan ini harus dilakukan sekali lagi. Melayu harus mencari satu posisi yang paling strategik di dalam komuniti dunia ini agar kita mampu melihat segala pegerakkannya dari segala aspek dan mampu respond kepada apa jua keadaan pada kadar segera.

Bagaimana mungkin kita melakukan semua ini dan apakah jangkamasa yang diperlukan untuk kita membina bangsa Melayu ini. Kita tidak tahu, tetapi satu abad agak realistik jika kita memulakan usaha itu dari sekarang.

Percayalah para hadirin sekian bahawa jatidiri Melayu tidak akan mampu dibina hanya dengan sogokan laungan ‘Hidup Melayu!’ yang retorik lantaran sepi tanpa sebarang penghayatan sebaik saja laungan terhenti. Sesungguhnya jatidiri Melayu harus dilakukan melalui satu proses penerapan yang sistematik di mana doktrin-doktrin Melayu diwujudkan lalu ditanam di awal akar kehidupan lagi dan dipupuk sehinggalah mereka faham akan sebab musabab dan objektif kewujudan mereka sebagai seorang Melayu. Proses ini harus berjalan meniti merentasi genarasi dan akhirnya akan terbina satu bentuk pemikiran Melayu yang ‘common’ dalam diri setiap anak Melayu di mana saja mereka berada.

Kenapa ini tidak berlaku pada hari ini? Kita bingung kenapa Melayu susah nak tolong Melayu, kenapa Melayu merasakan dirinya bodoh apabila bercakap bahasa Melayu, kenapa Melayu sendiri yang menjalankan propaganda salah untuk mendedahkan kepincangan sendiri dengan menayangkan filem-filem jijik seperti Mat Rempit, Minah Motor. kenapa Melayu begitu mudah terjebak dalam segala macam gejala sosial walaupun mereka beragama Islam yang merupakan cara hidup murni, apakah Islam yang harus dipersalahkan? Tidak sekali-kali kerana Islam adalah agama suci lagi lengkap sebagai cara hidup tetapi pemikiran yang salah menyebabkan semua ini berlaku.

Doktrin Melayu harus dijadikan Modul pembelajaran disemua peringkat pendidikan dan ianya harus bermula di rumah. Dengan ini anak-anak Melayu tidak hanya disogokkan dengan nilai-nilai nasionalisme sahaja lantaran pembinaan jatidiri Melayu dilupakan. Kita ada tadika Perpaduan, Kemas, Sekolah Agama dan Kebangsaan yang boleh menanam doktrin Melayu ini kerana sebagai orang Melayu kita berhak untuk melakukan gerakan ini. Kita tidak pernah menafikan hak bangsa lain untuk membina jatidiri bangsa masing-masing dan gerakan Melayu tidak harus dilihat sebagai perkauman apakala kita mengwujudkan ‘gerakan’ ini. Ini kerana selama ini hanya Melayu saja yang dibiarkan mendokong nilai-nilai kebangsaan dikala bangsa lain sedaya upaya mengasingkan diri mengikut aliran masing-masing. Hanya Melayu saja yang ke sekolah kebangsaan tetapi bangsa lain lebih suka membangunkan jatidiri bangsa masing-masing dengan memasuki sekolah Cina dan Tamil.

Doktrin Melayu yang diwujudkan juga tidak harus lari dari prinsip Islam dan sememangnya Melayu harus dibina untuk membela Islam satu hari nanti maka tanggungjawab itu harus difahami oleh orang-orang Melayu. Apabila Melayu berpayung pada doktrin yang seragam ini, kita boleh mencorak pemikiran mereka untuk bergerak kepada objektif yang sama dan melihat diri kita di dalam kelompok bangsa yang lebih progresif dan bercita-cita besar, lantas mahu turut menyumbang dan berperanan. Tanggungjawab bangsa akan wujud dalam diri Melayu dan Melayu bakal membina peradabannya sendiri satu masa kelak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Blog ini cuba memikat pembaca dengan nostalgia nasionalisme Melayu. Pada pendapat saya, ia adalah suatu pendekatan yang telah lapuk dan sempit.

Cuba kita fikirkan, mengapakah perlu kita perlu berbanga dengan sesuatu yang tidak kita pilihi? Kita tidak memilih untuk menjadi Melayu seperti mana kita tidak memilih untuk menjadi rakyat Malaysia. Ia otomatik kerana kita lahir dari ibu bapa Melayu di Malaysia.

Bangsa adalah bagai sebuah rangka (framework), seperti timba, ia hanya menakung isi dari sebuah perigi. Yang lebih penting ialah isinya - air perigi boleh di buat mencebok bontot atau membuat air teh. Terpulanglah kepada masing-masing untuk berusaha supaya menjadi sesuatu yang berguna.

Yang kedua, sungguhpun kita memfokus kepada kerangka Melayu, di harap kita juga tidak lupa bahawa kita semuanya berasal dari satu perigi kemanusiaan, di mana setiap insan menginginkan terbaik untuk dirinya dan keluarganya (walau apa pun bangsanya).

Tanpa Nama berkata...

Asas perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu itu sendiri adalah mengenai bangsa. Ia wajar dipertahan dan masih relevan. Selama ini semangat nasionalis ini yang membantu memakmurkan negara, walau berbilang kaum dan budaya. Dia Malaysia ini telah termaktub dalam minda rakyat bahawa Melayu adalah penganut agama Islam, ianya bangsa yang mendokong Agama. "Adat Bersendikan Hukum, Hukum Bersendikan Kitabullah"

Gelombang berkata...

Kita tidak boleh berbangga dengan sesuatu yg tidak kita pilih tetapi kita wajib bersyukur kerana kita ditakdirkan melayu dan Islam. Ini adalah rahmat yg tak mampu diungkap dengan sejuta kata-kata. Saya percaya dimana-mana sudut didalam dunia jika ada keputusan perlu dibuat kepada beberapa pilihan, pasti dua sebab (bangsa dan Agama) menjadi sebahagian dari pilihan. Saya percaya kita semua berasal dari perigi kemanusiaan tetapi adakah peperangan, berebut wilayah dan beribu kes kekejaman yg berlaku kerana mereka tak percaya dengan kelahiran mereka dari perigi kemanusiaan.