Rabu, 26 Mac 2008

Janganlah takut untuk mengakui kesilapan. Ia menunjukkan bhw anda lebih bijak pd hari ini berbanding semalam

"Kita tewas dalam perang (maklumat) di Internet, perang siber. Ia benar-benar satu perhitungan yang salah. Kita lakukan kesilapan paling besar apabila menganggapnya tidak penting" kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucaptamanya di seminar pelaburan Invest Malaysia 2008 hari ini. Pemimpin-pemimpin BN melihat sudah memadai berharapkan liputan akhbar dan televisyen, tambahnya, "tetapi orang muda bergantung pada (maklumat) SMS dan blog." – Malaysiakini.com

Satu langkah yang positif dalam usaha memenangi hati rakyat semula adalah dengan mengakui kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Tetapi dua perkara perlu disentuh dari penyataan PM ini.

1. Sejak dasar ICT diperkenalkan oleh Tun M, telah wujud beberapa kumpulan sukarelawan siber UMNO yang amat aktif, tetapi semenjak Pak Lah memegang jawatan sebagai Presiden UMNO tiada sokongan atau bantuan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini sehingga kini. Apa yang difahamkan kepada saya, kumpulan perjuangan siber ini juga tidak pernah meminta bantuan dari ‘pihak atasan’, mereka bergerak dengan derma dan sumbangan ahli yg peka dengan kehadiran mereka. Tetapi pucuk pimpinan seharusnya sedar kewujudan mereka ini dan bekerjasama dengan mereka, sekurang-kurangnya UMNO boleh menyalurkan maklumat atau material penafian dakyah pembangkang.

2. "tetapi orang muda bergantung pada (maklumat) SMS dan blog." Adalah penyataan yg salah, sepatutnya "tetapi rakyat bergantung pada (maklumat) SMS dan blog.". Adakah orang muda sahaja yang mengundi pembangkang?

“Sementara itu, menteri penerangan yang baru Datuk Ahmad Shabery Cheek bersedia menemui syarikat-syarikat media tempatan untuk memahami perkembangan mereka. Bercakap di majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua pengarang media, Shabery berkata beliau tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa pembaca beralih kepada media alternatif akibat sikap berat sebelah media perdana.” – Malaysiakini.com

Media arus perdana memang sangat berat sebelah sepanjang waktu kempen pilihanraya, kenapa perlu menafikannya? Saksi bagi isu ini adalah rakyat diseluruh Malaysia, setiap hari selama 13 hari berkempen. Pada masa yang sama rakyat juga melihat bagaimana kempen pilihanraya di Amerika Syarikat dijalankan yang juga dilaporkan oleh media arus perdana, sangat terbuka dan adil terhadap calon/parti yang dipertandingkan. Ia mempengaruhi minda rakyat Malaysia. Fikirkanlah wahai saudara Menteri.

Kesilapan adalah realiti kehidupan, yang penting adalah tindak balas terhadap kesilapan itu.

Tiada ulasan: