Selasa, 19 Mei 2009

Bukan Zaman Pak Turut Lagi

Punye le suke hati ni bila dapat tahu yang DS Muhyiddin buat kenyataan pasal fenomena 'Yes Bos' dalam UMNO. Fenomena yang jadi punca pemimpin UMNO dipanggil pengecut, lemah, pembodek, takut tak bole cari makan, takut hilang pangkat dan yang sewaktu dengannya.

Saya amik sikit petikan dari kenyataan beliau:

"Ahli-ahli perlu sedar bahawa kita tidak boleh berasa selesa bahkan tempoh ini perlu diibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk' yang menuntut semua ahli bekerja bersungguh-sungguh," jelasnya.

Justeru, Muhyiddin berkata, sikap hanya memberi laporan berhubung perkara yang baik-baik sahaja bagi menyedapkan perasaan pemimpin perlu dikikis kerana ia hanya merugikan dan memakan diri sendiri.

"Hari ini kita mesti memberitahu yang sebenar, jangan bagi tahu yang elok sahaja, tetapi yang tak elok pun kena beritahu kepada pemimpin.

"Jangan asyik yes sir... ok bos sahaja nanti esok rupa-rupanya K.O bos," katanya.

- UTUSAN (18/05/09)


Kelmarin kat tmpat saya pun jadi benda ni. Kita yg menyokong UMNO pun rase meluat dgn keadaan ni, apetah lagi rakyat yg mmg dok perati selama ni. Tapi benda ni bukan setakat UMNO jer, rata2 orang melayu ramai buat perangai camni. Baik Pas, PKR atau yg bebas ni, semua berani 'cakap belakang' jer!

Maka, DS Muhyiddin dah jadi wira di mata saya kerana konsisten dengan Kepimpinan berasaskan Hakikat, Tahniah!!!





2 ulasan:

Awanama berkata...

ini hakikat. ramai pemimpin pak turut skrg. harap2 tak jadi kat bkt katil. bila bersuara nnt kena potong lak. tapi aku ttp bersuara. suka atau tak telan je la k. teruskan bersuara sahabat

Rohazam Bin Bakar berkata...

Kita perlu berani terima kenyataan,skrg rakyat bersandarkan hakikat. kita kena betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.